Saturday 29 August 2020

Produk homemade Officially By NH Empire!

 Produk hasil dari resepi sendiri & ciptaan sendiri., hasil gambar daripada kursus aritu, simpan sini sebagai hasil kerja sepanjang kursus " Social Media Marketing" ,


Donut berinti Cheese / Coklat


Sambal Serbaguna NH


Sekiranya ada yg berminat nak buat tempahan donut ataupuan nasi lemak versi NH ataupun sambal dan juga pelbagai menu yang ada di Nh Enterprise, Anda boleh terus roger ke nom saya ya 0 1 9 8 9 0 8 9 0 9 :)

Alhamdullilah Allah s.w.t buka jalan lagi untuk saya melangkah jauh..

Pada tarikh 27 august 2020 - 28 august 2020, saya menghadiri kursus " Social Media Marketing  " dalam kursus tu mengajar tentang cara mengambil gambar produk sendiri dengan lebih efektif dan lebih cantik, hah! dulu selalu jadi tanda tanya mcm mana nak ambil gambar produk dengan lebih cantik? dan mahal kah o upah dia? yups! memang mahal, tengok dari kualiti gambar mereka memang pergh!!! comfirm berduyun2 customer akan datang nak beli dari kita.. honestly!

Sesungguhnya saya tak sangka akan terpilih untuk memasuki kursus ni, ya allah terharu sampaikan tak mampu nak kata apa, untuk ambil gambar produk saya sendiri, dalam ilmu yang d berikan , banyak juga benda yang tak tahu, Now!! dapat dah gambar produk sendiri hanya menggunkan handphone sendiri,

di samping itu juga, sambil - sambil kursus dapatlah juga promote produk sendiri dengan usahawan lain, ada lagi nasihat yg d berikan untuk saya dalam perbaiki lagi produk.. teguran demi teguran daripada usahawan yg tip top, yang dh lama berbisness bertahun guys! sedangkan saya ni masih muda , masih mencari ilmu bisness.. masyaAllah.. 

letak sini gambar2 semasa kursus bersama usahawan lain.. 



Saturday 18 July 2020

Donut berinti Ciptaan NH sendiri mendapat sambutan ramai dan Pecah Rekod..Semua SOLDOUT!!

Alhamdullilah pada tarikh ini 18 july 2020 , Donut berinti Cheese & Coklat produk ciptaan saya sendiri Pecah rekod hari ini, Syukur ke hadrat ilahi ya Allah.. semua berlaku atas keizinan Allah s.w.t..

Sedikit info tentang donut saya ini ya :: bagi donut berinti cheese sangat nyaman bila di makan ketika panas sbb inti cheese di dalam donut tu akan cair dan sangat sedap di makan, manakala donut berinti coklat pula nyaman di makan sewaktu sejuk, sebab coklat dalam tu akan terasa kelazatan nya.. 

terima kasih tak terhingga kepada semua yang support saya tanpa henti dan berani untuk cuba produk keluaran saya sendiri ini dan sentiasa promote dengan sanak saudara, rakan taulan, keluarga sendri , ada yang share, promote d fb, tag dan like, semoga kalian semua murah rezeki di dunia mahupun akhirat.. amin ya Allah .. 

di sini saya akan letakkan gambar tempahan order sebanyak 320 biji ( 160 biji utk cheese & 160 biji untuk coklat ) Thank you ya Allah atas keizinan mu memberikan aku rezeki..Alhamdullilah ya allah sentiasa hantar orang baik dengan ku.. syukur ke hadrat ilahi.. 

salam sayang untuk semua.. umuaahxx..



Sunday 14 June 2020

Pecah Rekod apabila tempahan nasi lemak selama 5 hari berturut "Soldout " dan mendapat sambutan hangat warga bintulu .

Alhamdullillah atas rezeki yang di berikan ya allah, sebelum ni pernah mendapat tempahan sebanyak ini juga tapi belum pernah terjadi selama 5 hari berturut dan sambutan sangat hangat sehinggakan banyak yang tidak sempat untuk menyelitkan order.. 

saya dah lama berjual nasi lemak dari tahun 2015 lagi, tapi hari demi hari, bulan ganti bulan , tahun berganti tahun nasi lemak NH tak akan pernah lupus dari menu utama NH enterprise / NH Empire Delivery & Catering walaupun telah banyak menu yang d buat dan d keluarkan .. 

Pada tarikh 8 june 2020..saya hanya perbaharui bungkusan nasi lemak menggunakan daun pisang seolah2 ia kembali ke zaman dulu dan juga pada zaman dahulu kita selalu tengok nasi lemak d balut dengan daun pisang dan d balut lagi dengan news paper, kali ni saya modified dengan balut guna plastik bungkusan nasi lemak.. 

dan d luar jangkaan Nasi Lemak NH pecah rekod.. Alhamdulliah, semua atas keizinan Allah s.w.t. terima kasih kepada yang sentiasa support tanpa henti, yang rajin share post saya sana dan sini, yang promote dengan rakan taulan, sanak saudara, semoga kalian semua murah rezeki..amin ya rabbal allamin..

ingin membuat tempahan catering mahupun ingin order secara personal boleh direct wasap saya saja melalui link yang saya nyatakan ya http://NHEmpire.wasap.my




Saturday 9 May 2020

Donut Berinti Ciptaan zi Sendiri 💕

Bismillahhirrahmannirrahim

Ini adalah kisah donut berinti yg menjadi produk ciptaan sendiri dan dari manakah idea ini terhasil..

ok guys, donut berinti ni bermula dari idea mak saya yang suka buat donut cheese semasa saya belum kahwin lagi, masih bersekolah menengah lagi pada masa tu , pada masa tu juga saya belajar lah sikit demi sedikit dari mak,

dan apabila saya sudah pun ada bisness sendiri, saya ambil ilham dari mak saya sendiri , saya modified resepi dan saya modified juga donut ni sehingga ia menjadi satu² nya produk keluaran saya yang pertama di dunia,  ( inshaAllah ) hihi

pada permulaan saya cuba jual ni, ada rasa takut yang sangatlah sebab belum pernah terlihat lagi orang jual, terkena lagi ia hanyalah ciptaan sendiri , lepas tu saya hanya mencuba dan tak henti untuk cuba dan terus mencuba jual di pelbagai facebook..

Alhamdullilah ia mendapat sambutan demi sambutan, tak kira dalam kawasan sarawak mahupun luar kawasan sarawak ( Alhamdullilah ) semua atas izin Allah s.w.t

produk ni d kluarkan pada tahun 2016, banyak juga kekurangan pada mula nya, tapi saya perbaiki satu persatu atas komen customer 💋

perbaiki kesilapan demi kesilapan sehingga ia menjadi suatu produk yg kekal dalam pasaran.

di sini saya sertakan gambar donut berinti yang  mendapat sambutan hangat dari customer saya 💕


Tuesday 5 May 2020

Sebelum bergelar nya Usahawan secara Online 💕

Bismillah hirrahman Nirrahim 💕
Salam semua yg selalu follow saya d fb saya sendiri, selalu support saya dari tahun ke tahun, terima kasih kepada kalian semua, tanpa anda saya mungkin x sejauh ini..

satu persatu sudah d lalui, bisness yg d sangka mudah tetapi langsung tidak guys! hanya usaha tanpa henti, bila jatuh bangun lagi, biar merangkak sekalipun, biar menangis sekalipun hanya ingin memajukan bisness sendiri, hati kena tabah, kena kuat kena tahan kecaman, itu lah pendirian orang bisness yg harus kita hadapi.

kita perlu merasa Jatuh supaya kita tahu cara untuk bangun lagi, itulah falsafah untuk maju, jadikan setiap kesilapan sebagai pengajaran untuk diri kita, jadikan setiap yg berlalu buruk mahupun baik sebagai peringatan untuk diri kita,

bila berbisness benda yg harus kita kenang, d mnakah kita berada sebelum ini, ingat lah apa yg kita dh lalui sebelum berjaya, semakin maju bisness, diri kita akan semakin busy dengan persekitaran, kita akan hilang masa sedikit demi sedikit, kita akan lebih fokus dgn bisness sendiri, banyak yg akan d hadapi, satu saja pesan saya, tetaplah kuat dn dekatkan diri dengan Allah s.w.t,.💕

kejayaan demi kejayaan semua dari Allah s.w.t, sntiasa lah berbuat baik walaupun mereka tak kenang kebaikan kita tapi buat lah demi Allah s.w.t, inshaAllah , setiap perjalanan kita sentiasa mudah, percayalah 😘

d sini saya kan upload bisness yg saya mulakan utk pertama kali nya dan jauh perjalanan sehingga sekarang, satu persatu tercapai, sedangkan bisness yg saya mulakan dahulu hanya untuk bantu suami sebab suami blm dapat kerja, tapi tak sangka ia jadi kerjaya saya sendiri sehingga sejauh ini.. Alhamdullilah ya Allah 😘











Produk homemade Officially By NH Empire!

 Produk hasil dari resepi sendiri & ciptaan sendiri., hasil gambar daripada kursus aritu, simpan sini sebagai hasil kerja sepanjang kurs...