Ini adalah kisah donut berinti yg menjadi produk ciptaan sendiri dan dari manakah idea ini terhasil..
ok guys, donut berinti ni bermula dari idea mak saya yang suka buat donut cheese semasa saya belum kahwin lagi, masih bersekolah menengah lagi pada masa tu , pada masa tu juga saya belajar lah sikit demi sedikit dari mak,
dan apabila saya sudah pun ada bisness sendiri, saya ambil ilham dari mak saya sendiri , saya modified resepi dan saya modified juga donut ni sehingga ia menjadi satu² nya produk keluaran saya yang pertama di dunia, ( inshaAllah ) hihi
pada permulaan saya cuba jual ni, ada rasa takut yang sangatlah sebab belum pernah terlihat lagi orang jual, terkena lagi ia hanyalah ciptaan sendiri , lepas tu saya hanya mencuba dan tak henti untuk cuba dan terus mencuba jual di pelbagai facebook..
Alhamdullilah ia mendapat sambutan demi sambutan, tak kira dalam kawasan sarawak mahupun luar kawasan sarawak ( Alhamdullilah ) semua atas izin Allah s.w.t
produk ni d kluarkan pada tahun 2016, banyak juga kekurangan pada mula nya, tapi saya perbaiki satu persatu atas komen customer 💋
perbaiki kesilapan demi kesilapan sehingga ia menjadi suatu produk yg kekal dalam pasaran.
di sini saya sertakan gambar donut berinti yang mendapat sambutan hangat dari customer saya 💕

No comments:
Post a Comment